About Me

My photo
Saya mula berkhidmat sebagai guru Pendidikan Khas pada tahun 1997. Lepasan Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak. Sebelum ini pernah bertugas di Sek Keb. Sg. Rokam Ipoh, SMK Teluk Gadong Klang, SK Demit (2) Kota Bharu dan sekarang bertugas di Sek Keb Dato' Hashim (1) Pengkalan Chepa, Kelantan.
Dua pendekatan yang boleh digunakan dalam Pengajaran Matematik Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

1. Pendekatan berpusatkan murid

Dalam pendekatan ini, murid diberi peluang untuk memainkan peranan penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan diberi peluang untuk berbincang, menyoal rakan dan berinteraksi secara terkawal. Guru perlu menggunakan teknik menyoal yang dapat merangsang murid berfikir secara kritis dan kreatif disamping memberi galakkan kepada murid untuk menyuarakan pendapat. Contohnya adalah lebih baik seorang guru mengajar matematik kepada seorang murid yang memerlukan bantuan dan bimbingan menggunakan bahasa yang biasa dengan mereka. Iaitu bahasa yang difahami oleh murid akan memudahkan mereka untuk mengambil bahagian dalam perbincangan dengan guru. Murid juga akan terdorong untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Dalam masa yang sama guru mesti menyediakan bahan, situasi cerita yang boleh merangsang mereka bercerita dan berbincang samada dengan guru atau rakan.

2. Pendekatan pemusatan bahan

Penyampaian pengajaran dan pembelajaran matematik haruslah disertai dengan penggunaan bahan dan teknologi sejajar dengan perkembangan arus pemikiran murid ke arah zaman maklumat. Misalnya pada peringkat awal untuk mengenal nombor, guru boleh menggunakan ‘flash card’ sebagai bahan bantu yang ringkas Guru yang mahir dengan penggunaan ICT boleh menyediakan bahan pengajaran menggunakan powerpoint, excell ataupun mengakses laman web dalam pencarian maklumat. Contohnya jika guru menggunakan powerpoint, guru boleh memasukkan illustrasi dan grafik , bunyi, yang dapat menarik perhatian. Guru juga boleh menggunakan laman web untuk mengakses permainan-permainan matematik secara online. Murid yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya serta berkeyakinan dan berkeupayaan menyelesaikan yang lebih komplek. Selain itu guru boleh menggunakan model-model dan bahan-bahan maujud seperti kuboid, kubus, prisma dan sfera untuk mengajar geometri dan bentuk benda. Murid juga digalakkan untuk membina bentuk-bentuk seperti sfera, kubus, kuboid dari plastesin atau tanah liat.


























                                                 
Kelebihan puzzle
1. Melatih koordinasi mata dan tangan
2. Meransang otak
3. Melatih kesabaran
4. Melatih pemikiran logik
5. Meningkatkan pengetahuan










Kenangan di SK Demit (2)

No comments:

Post a Comment